JOHOR BAHRU: Sebanyak 1.6 juta belia di negeri ini bakal menerima manfaat menerusi inisiatif dalam Belanjawan Johor 2022 yang bertujuan memperkasa pembangunan golongan berkenaan.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata inisiatif kepada belia melibatkan 43.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini, merangkumi aspek sukan, kecergasan, sosial, kesenian, kepimpinan dan kemasyarakatan.
Beliau berkata di bawah Agenda Orang Muda Johor (OMJ), Hab Aktiviti Belia dan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) akan diperluas ke daerah Kluang, Pasir Gudang dan Iskandar Puteri selain pembinaan Gim Rakyat pada tahun depan.
"Selain itu, sejumlah RM1.5 juta bakal diperuntukkan menerusi Institut Dato' Onn (IDO) untuk terus memperkasa potensi OMJ (dengan membangunkan) 'One Stop Centre For Youth'.
"Kerajaan negeri juga komited untuk memperkasa peranan Southern Volunteers, Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) melalui peruntukan sebanyak RM1 juta," katanya berucap pada Festival OMJ 2021 (OMJ Fest 21) di TMIYC Johor Bahru hari ini.
Mengulas lanjut, Hasni berkata pelbagai inisiatif berteraskan sukan menerusi penglibatan atlet dan masyarakat juga akan dijalankan dengan peruntukan RM14.5 juta.
Katanya, ia termasuk Program Grit Johor 2030, Program Pembangunan Bakat oleh Majilis Sukan Negeri Johor dan Karnival Sukan Makmur XTIF Johor selain membantu mahasiswa termasuk melalui program Internet Mahasiswa Johor, Skim Bantuan Pendidikan serta latihan dan kemahiran.
"Semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan modal insan Johor akan diberi tumpuan dalam inisiatif berkaitan Pemerkasaan Rukun Tetangga, Generasi Muda dan Perpaduan Kaum dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Untuk rekod pada 2019, dilaporkan kerajaan negeri menetapkan dan mentakrifkan belia dari umur 15 hingga 40 tahun.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan OMJ Fest 21 yang bermula hari ini hingga 26 Disember dengan lebih 80 program dan aktiviti diadakan di seluruh Johor dengan menyasarkan kira-kira 100,000 penyertaan golongan belia.
Pada majlis itu, Tunku Ismail turut berkenan melawat pusat operasi pasukan petugas khas COVID-19 Johor di TMIYC bagi meninjau perkembangan semasa situasi wabak berkenaan di negeri ini.
"Semenjak pembentukan jawatankuasa khas ini pada September, Johor berjaya menurunkan bilangan kes positif secara progresif. Saya berharap semua agensi kerajaan, swasta, dan para sukarelawan terus bekerjasama untuk membantu memerangi wabak COVID-19," titah baginda dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (belakang, tengah) berkenan bergambar bersama ikon OMJ 21(Orang Muda Johor 2021) pada majlis perasmiannya di Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Johor Bahru hari ini. - Bernama
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
AWANI Pagi: Bujang Lapok Kembali Daa
Karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, akan kembali menemui peminat, menerusi pementasan naskah teater Bujang Lapok Kembali Daa. Dua tonggak utama naskah ini, Pengarah Teater, Siti Sarah Ahmad Jamil (Mummy Sarah) dan Pengolah Skrip serta Pelakon Utama Mohd Suffian Md Yasan akan berkongsi kisah mereka dalam Awani Pagi 7.30 pagi.
Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Chef Wan mohon maaf, kenyataan disalah anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.
Pelajar tidak duduki SPM dipelawa mohon GiatMARA
Pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dipelawa memohon latihan di GiatMARA.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
'My Translate', terjemahan pintar buatan tempatan
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PADA RABU, memeterai memorandum persefahaman (MoU), bagi membangunkan sistem terjemahan pintar dikuasakan kecerdasan buatan (AI), 'MyTranslate'.
Singapura jamin beri kerjasama kepengerusian ASEAN 2025
Singapura memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysian pada tahun depan.
1.6 juta belia terima manfaat inisiatif Belanjawan Johor 2022
Inisiatif kepada belia itu merangkumi aspek sukan, kecergasan, sosial, kesenian, kepimpinan dan kemasyarakatan.